HUJAN !

Monday 28 October 2013

Couple vs Nikah

Assalamualaikum. Bismillah diucapkan.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada ana untuk mencoretkan catatan yang tidak seberapa ini. Diharapkan antum.sekalian terhibur dan tinta ini memberi faedah & pengajaran untuk semua.

COUPLE ??
Apa makna Couple?
Dari mana datangnya istilah Couple?
Best ke Couple ni?
Apa faedah Couple?

Masa kini, fenomena "couple" dah menjadi satu kepentingan/lumrah kepada manusia. Sehingga ada yang sanggup bunuh diri semata-mata kerana "couple" . Itulah bahana couple. Sebenarnya, ana sendiri masih tertanya-tanya kenapa ramai yang memilih Couple daripada Nikah? Pada pendapat ana, sebenar-benar kasih dan kebahagiaan yang diredhai Allah ialah Nikah. Best apa Cinta Selepas Nikah. Sweet je. Nak buat apa pun, tiada batasan sebab dia dah halal untuk kita. Couple ni, bukan apa. Sangat melalaikan. Ada tu yang buat Couple Islamik. Kononnya tak jumpa, tak pegang-pegang. Hanya berhubung guna phone je. Anda silap !

Mana ada istilah Couple Islamik dalam Al-Quran. Couple pun takda.

Pernah dengar tak satu hadis ni?
"Rahsiakan pertunangan, hebahkan Pernikahan"
Hah, ada selit ke istilah Couple? Takda kan? Tak cukup bukti ke?

Couple ni memang sangat melalaikan especially bagi pelajar sekolah. Mereka sanggup berhabiskan duit belanja yang ibu bapa berikan hanya kerana topup untuk meseg bf la gf la bagai. Astaghfirullah ,, tak rasa kesian ke dekat ibu bapa. Then, couple jugak membuatkan kita lalai dan lupa dengan Allah. Banyak ingat gf/bf dari ingat Allah. Lupa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ana bukan nak cakap sebarangan, tapi sebab ana sendiri dah pernah rasa Couple ni. Bagi ana, cukuplah sekali dan biarlah ianya lupus dan takkan muncul kembali. Dari kesalahan yang ana dah pernah lakukan dahulu, ia sedikit-sebanyak memberi pengajaran buat diri ana.

Bagi mereka, Couple itu Indah. Tetapi bagi ana sama sekali tidak ! Sanggup ke sepanjang Couple tu Allah murka? Nauzubillahi min dzalik. Mohon kita semua dijauhkan.

Cinta itu tidak semestinya diungkapkan dengan kata-kata.
Tetapi sehebat-hebat dan sebenar-benarnya cinta adalah dengan adanya ikatan yang sah dan halal disisiNya. Percayalah, takdir Allah itu indah. Buat istikharah. Mohon petunjuk dariNya. InsyaAllah semuanya dipermudahkan.

Jadi kesimpulannya antara Couple vs Nikah, Nikah paling indah. Tak percaya? Tunggulah sehingga tiba saat itu. Hehe .. ^__^ maaf kalau gambar di bawah itu kabur.

                 
                    -UkhtiFateha -

Sunday 23 June 2013

Kita Semua Hanya Hamba

Assalamualaikum wrt wbt .. Bismillah walhamdulillah ~


Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk update tulisan yang tidak seberapa ini. Ekceli memang lama sangat tak update. 5 months maybe ada. gini lah,, aku mahu bercerita. Perasan tak sahabat,, apa sebenarnya status kita dengan ALLAH ? Siapa kita di sisi ALLAH ?

HANYA HAMBA ......

na'am .. kita memang hanya seorang Hamba. We're only Allah's servant. Tapikan,, adakah kita ini benar-2 menjalankan tugas kita sebagai hamba-Nya ?? #tanyapadadirikita .#selfreflection. aku jujur .. dulu, aku memang jahil bab-2 dalam agama ni.. tapi,, bila difikirkan,, sampai bila aku perlu terus hidup dengan keadaan macam ni ?? Betullah,, HIDAYAH memang perlu dicari... kalau tunggu je macam makanan sampai kena suap dimulut,, sampai bila pun Hidayah memang takkan datang. Alhamdulillah,, form 4 ni ada bab HIDAYAH MILIK ALLAH dalam subjek Agama Islam, sedikit sebanyak boleh aku pelajari di situ.
Nak tahu tak,, sebenarnya kita ni dah diberi satu tanggungjawab yang sangat besar oleh ALLAH S.W.T. sejak kita lahir lagi.Nak tahu apa ?? Menyampaikan DAKWAH .. ya, ALLAH memang menyuruh kita menyampaikan Dakwah.

Dakwah ?? indah ape,, tak percaya ?? try la .. insyaAllah segalanya Allah permudahkan .. Rabbi Yassir Wala Tu'assir Watamnil Khairr . Biidznillah. InsyaAllah :)



SYAHADATUL HAQ :)

apa kena mengena tajuk ni dengan buku ni ?? yeah,, itu dia .. buku ini saya beli masa pergi Global March To Jerusalem di Shah Alam beberapa hari yang lalu .. Subhanallah,, memang tak terkata rasa indah & gembiranya bila dapat beli buku ni ..huhu,, Eh?? dah jadi cerita lain pula .. jangan headache ye bila baca post ni ??

Dalam Syahadatul Haq ni,, kita boleh mengetahui apa tugas-2 & tanggungjawab kita sebagai seorang hamba-Nya .. Nak tahu lebih detail,, anda boleh beli di kedai buku berdekatan .. kalau sesiapa rakan taulan saya yang nak pinjam tu,, anda boleh pinjam buku saya.. InsyaAllah .. sama-2 kita berkongsi ilmu ye ?? Ilmu tu kan Allah yang bagi,, tak perlu kedekut-kedekut .. okay,, rasanya sampai sini je lah ye.. andai tersalah kata,, mohon maaf .. yang baik itu datangnya dari ALLAH,, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri..  InsyaAllah ada kesempatan saya update lagi . May ALLAH bless us ! :D

Fi Amanillah ~

                                                                                                                                      Ukhti Fateha


Friday 2 November 2012

JAGA MATA JAGA IMAN

Mata jendela hati . Kesannya sangat besar dalam menjaga kejernihan hati . Mata yang tidak terjaga menyebabkan hati dan minda menjadi keruh dan kotor. Oleh sebab itu , para ulama daripada kalangan salafussoleh sangat mengambil berat dalam menjaga pandangan .




>> TAKE A NOTE <<

Thursday 23 August 2012

wanita solehah

wahai wanita solehah,,kita sebagai generasi kaum Hawa,tidak perlu untuk bimbang akan jodoh kita kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan,lirikan senyuman,pada bicara manja yang menggoda atau pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imanya,tetapi sebaliknya Allah telah mencatatkan seungkap nama lelaki di luh mahfuz untuk kita yang peribadinya ditentukan sejauh mana ketinggian akhlak peribadi kita,jika kita tetap di atas jalan yang diredhaiNya,,insya ALLAH si dia juga turut di jalan yang sama......